Sunday, December 13, 2009

Selamat Bercuti

fhygffghgfhfhh

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Korban kepada kaum muslimin dan muslimat



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Pagi Semua

Selamat pagi semua...pada kengkawan apa khabar hari nih? Harap semuanya sihat di pagi sabtu.
Langkawi hari ni mendung, tapi pepagi lagi aku dah ajak hubby gi market dengan tujuan nak cari ikan untuk kucing-kucing dan sayuran hijau untuk mak-mak dan anak-anak arnab. Tak lupa untuk Tuannya sekali. Singgah sekejap kat stall nasik lomak kegemaran makcik. Habislah kalau doktor aku tau yang pesakit dia nih hari-hari hentam nasik lemak...korang jangan kasik tau itu Puan doktor tau, diam-diam sudah.

Nasib baik dia tak tau aku ada blog, kekekekek... kalau tidak nahas nih kena leter ngan dia. Dia tak lah marah cekak-cekak pinggang, hentak-hentak kaki, atau herot-herotkan mulut dia ... dia marah aku sambil wat lawak gelak-gelak...tapi sesambil tu terselit gak lawak-lawak sinis dan amaran yang disampaikan secara tepuk tampar...kenapa aku terasa lak kan kalau macam tu jer dia pot pet kan aku....faham-faham ajalah , sapa yang makan cili dialah terasa pedasnya...sapa makan nasik lomak..ha gula dialah yang mencanak-canak naik...kuikuikui....

Sampai rumah anak cucu dah tertinjau-tinjau, apalah yang tuan depa bawak balik...pendek kata mengendap hasil tangkapan dari market... si kucing2 dah mengiau-ngiau bau ikan...arnab-arnab dah meloncat- loncat lam sangkar terbau-bau sayur depa... hmmmmm...layan depa lah dulu jawapnya.... Ha makan-makan, pasnih tuan korang lak nak makan, hasil tangkapan kat gerai nasik lemak tadi..hehehhe..rahsia-rahsia..puan doktor tak leh tau nih...
25hb depan rasanya dah nak kena pergi klinik check tahap gula dalam darah dan sekaligus ambik bekalan ubat aku untuk satu bulan. Jadi dua hari sebelum pi klinik tu terpaksalah aku join arnab-arnab aku kunyah sayuran hijau...hehehehe..

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan laman blog yang tidak sebeberapa ini